Natijah Disebalik Kenaikan Tol
"Plaza Tol" sebuah
perkataan sensitif, apabila di sebut sahaja perkataan tersebut, akan
terbayanglah kenaikan yang tidak dapat kita kawal. Fenomena ini akan
berlaku selagi pihak konsesi memegang hak keatas lebuh raya di Malaysia
ini. Sejak kebelakangan ini begitu banyak lebuh raya akan dibina begitu
juga dengan plaza tol. Dan kita tidak dapat lari daripada melalui
laluan ini. Keluar sahaja dari rumah, ada tol, balik pun kena tol.Saya
tidak dapat bayangkan 10 tahun akan datang bagaimana situasinya.
